Kekurangan vitamin A

Kekurangan vitamin A (Vitamin A deficiency; disingkatkan sebagai VAD) atau hipovitaminosis A adalah kekurangan vitamin A di dalam darah dan tisu.[1] Hal ini biasa terjadi di negara-negara miskin, terutama di kalangan kanak-kanak dan perempuan dalam usia reproduktif/pembiakan, tetapi jarang dilihat di negara-negara yang lebih maju.[1] Tanda pertama terjadinya VAD ialah rabun senja. Xeroftalmia, keratomalacia dan rabun lengkap juga dapat terjadi kerana vitamin A memainkan peranan utama dalam fototransduksi.[1]Kekurangan vitamin A adalah penyebab utama kebutaan pada kanak-kanak yang dapat dicegah di dunia,[1] dan sangat penting untuk mencapai Millennium Development Goal untuk mengurangkan kematian pada kanak-kanak. Kira-kira 250,000 hingga 500,000 anak yang kekurangan zat makanan di dunia telah menyebabkan buta, setiap tahun kerana kekurangan vitamin A, sekitar separuh daripadanya mati dalam setahun setelah menjadi buta.[2]Kelaziman rabun malam akibat VAD juga tinggi di dalam kalangan wanita hamil di banyak negara membangun. VAD juga menyumbang kepada kematian si ibu dan menyebabkan akibat buruk lain semasa kehamilan dan menyusui.[3][4][5][6]